Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Sunday, January 22, 2012

WEDDING DAY!!

haaa..entri cuya kali nih cam kontroversi lak..NO3X....bukan cuya yang kawen, tapi cuya gi kenduri anak kawan ayah kawen..hehehe..sonok tengok orang kawen2 nih, cuya selalu bayangkan cuya kawen.hehee (gatai!!!) tapi takleh lagi...cuya blajo..papehal habehkan blajo dulu..hehe..

dalam waktu majlis perkahwinan tuh, cuya leh jumpa lak kawan2 cuya masa skola SYS n masa PUO..
tak sangka u..!! jumpa maisarah yusof, zira razak n paeh rahman..n gak juma rafi da silva...cewahh!! nama facebook gak cuya ingat..blurrr~



ni la makcik zira n pakcik paeh :P





                                                           
                                                            cuya dgn makcik zira..hehehe










ok, ni cuya nak citer sket tentang sejarah perkahwinan menurut Islam...

perkahwinan pertama di kalangan manusia berlaku antara Nabi Adam a.s dengan Hawa dan ini telah diperakui oleh agama-agama wahyu. perkahwinan ini berlaku dengan suatu cara perhubungan yang dibenarkan oleh Allah s.w.t kepada mereka berdua. ini merupakan suatu sistem perkahwinan yang disyariatkan bagi membiakkan manusia yang memerintah bumi dan mendudukinya buat sementara waktu. selain al-Quran dan Hadith, Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru turut menceritakan kejadian Adam dan Hawa sebagai pasangan pertama. di dalam Perjanjian Lama atau Taurat, telah diselitkan beberapa ayat, antaranya yang bermaksud, " tuhan telah berkata tidak baik Adam berseorangan sahaja, maka Aku jadikan seorang penolong sepertinya."




berkenaan dengan perkahwinan anak-anak Adam sendiri tidak dapat diketahui bagaimanakah sistemnya yang sebenar. di dalam Tafsir Ibn Kathir, apa yang diriwayatkan oleh Ibn Jarir daripada Ibn Masi'ud dari beberapa orang sahabat yang lain, bahawa mereka berkata yang bermaksud, " sesungguhnya tidak diperanakkan bagi Adam anak laki melainkan diperanakkan beserta anak perempuan, kemudian anak lelaki kandungan ini dikahwinkan dengan anak perempuan kandungan lain, dan anak perempuan bagi kandungan ini dikahwinkan dengan anak lelaki kandungan yang lain itu," pada masa itu, perkahwinan berlainan kandungan boleh dijadikan sebagai perkahwinan berlainan keturunan...







ohh..begitu rupanya sejarah perkahwinan dalam Islam..

terasa cam cikgu lak cuya nih...

k la, cuya da ngantok da nih, sok cuya sambung lagi k...nite2 sume..Assalamualaikum



No comments: